Jersi bolasepak dan sistem pengairan
JERSI BOLASEPAK DAN SISTEM PENGAIRAN. Oleh: Jeff Karim @jeffryaizad Seperti yang saya pernah tulis dahulu, koleksi jersi perlu dikenakan air sekurang-kurangnya sekali. Malah jersi yang baru masih bertag yang tidak pernah dipakai juga wajib dimandikan. Teorinya senang. Cetakan-cetakan plastik moden pada jersi anda bukanlah cetakan kekal. Apabila dikenakan air, ianya tidak akan mudah keras dan cair begitu sahaja apabila dibiarkan bergantung bertahun-tahun. Tapi itulah, apabila koleksi dah terlalu banyak, proses ini tidak mudah nak di airkan satu persatu. Kalau sayang nak tanggal tag kertas pada baju baru anda, boleh cuba beli plastik ziplock bersaiz kecil untuk melindungi tag tersebut dari terkena air. Sila pastikan ziplock tersebut di lekat rapat sehingga tiada udara dan air mampu menyelinap masuk merosakkan tag kertas tersebut. Selepas itu basahkan ia samada menggunakan teknik rendam atau siram. Tanpa sabun pun juga tidak mengapa. Hanya sebagai syarat supaya kes...