Oct 12, 2019

Jersi bolasepak dan sistem pengairan


JERSI BOLASEPAK DAN SISTEM PENGAIRAN.

Oleh: Jeff Karim
@jeffryaizad

Seperti yang saya pernah tulis dahulu, koleksi jersi perlu dikenakan air sekurang-kurangnya sekali.

Malah jersi yang baru masih bertag yang tidak pernah dipakai juga wajib dimandikan.

Teorinya senang. Cetakan-cetakan plastik moden pada jersi anda bukanlah cetakan kekal.

Apabila dikenakan air, ianya tidak akan mudah keras dan cair begitu sahaja apabila dibiarkan bergantung bertahun-tahun.

Tapi itulah, apabila koleksi dah terlalu banyak, proses ini tidak mudah nak di airkan satu persatu.

Kalau sayang nak tanggal tag kertas pada baju baru anda, boleh cuba beli plastik ziplock bersaiz kecil untuk melindungi tag tersebut dari terkena air.

Sila pastikan ziplock tersebut di lekat rapat sehingga tiada udara dan air mampu menyelinap masuk merosakkan tag kertas tersebut.

Selepas itu basahkan ia samada menggunakan teknik rendam atau siram. Tanpa sabun pun juga tidak mengapa. Hanya sebagai syarat supaya keseluruhan permukaan fabrik pada jersi tersebut dikenakan air.

Kemudian biarkan ia kering, jemur di tempat yang redup tanpa pancaran matahari secara terus.

Biarkan jersi basah tersebut kering sendiri tanpa perahan. Setelah kering nanti boleh lah di gantung semula semua koleksi jersi kesayangan anda itu selagi belum dipindah milik.

Selamat mencuba.

*Tulisan asal ini telah ubahsuai dari segi susunan rojakan bahasa. Kali pertama diterbitkan dalam closed group www.facebook.com/groups/classicfootballshirts