Feb 16, 2020

Jeff's Jeju Journey Winter 2020


Youtube:

Hallasan Mountain - https://youtu.be/Cf1V6y4iYRY

Seogwipo - https://youtu.be/6JPKG3zDXIw

Woljeongri Beach - https://youtu.be/FCJgTYxZ10g

Facebook: 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2237849119851126&type=3&refid=52&__tn__=R

Dari Bandar Tasik Selatan ke Korea Selatan.

Kisah pengembaraan bergambar perjalanan lima hari JK sekeluarga ke Pulau Jeju Korea dari 4 hingga 8 Februari 2020.

Selamat tinggal Pulau Jeju yang indah, nyaman dan damai. Panjang umur kita pasti berjumpa lagi.

Kami akan merindui kebekuanmu dan menyimpan memori ini umpama kenangan terindah kisah cinta pertama musim salju Winter Sonata yang tidak mungkin dapat dilupakan.

감사합니다
안녕하세요

----

FULL ITINERARY JEJU ISLAND, KOREA TRIP WINTER 2020.

By: Suriyana Shahrudin.

Road To Jeju Island - Winter 2020
4 Feb - 8 Feb 2020

Day 1
=====
+ Kereta Sewa Jeju RM948
(Deposit RM200 - saman, LPG RM170 - sepanjang trip 5 hari)

+ Toursketch Pension (Agoda) RM347.77 (BigPay)
(Booking 1 bedroom apartment utk 4 dewasa, ada ladang limau, ada laman, dapur & periuk, pinggan mangkuk. Berdekatan dengan Hanaro Mart, beli barang mentah spt. ikan makeral dlm KRW2,000 seekor)

Day 2
=====
+ 1100 Rest Area (Boleh cek cctv dulu keadaan berkabus atau jalan ditutup kerana salji. Kami tengok clear, baru gerak ke sana. Dari GH dalam 25 minit)

+ Lunch di Chunsimine (Restoran berlabel Muslim Friendly dari Jeju Tourism. Total 4 orang makan KRW109,000 - RM381.42 puas hati makan sbb semua SEDAP dan BANYAK. Masa kami pegi tu, restoran ada tampal notis tak benarkan pelanggan dari China (maybe sebab Wuhan Virus).

+ Yellow Cafe (Kat sini kitorang beli Banana Uyu, Banana Ice Cream & cenderahati yg cute botol banana uyu. Sekeliling ni banyak je muzium macam2. Tapi kitorang lepak depan Yellow Cafe je sambil makan ice cream.. bayangkan suhu 5 degree Celcius tapi makan ice cream... hahaha...)

+ Malam kami lepak rumah & keliling rumah je sambil menghirup udara sejuk ya amatttt.. malam tu -1 degree celciius kot.. time tido masing2 meniarap kat lantai, sbb ada heater... poyo je booked bilik ada katil, akhirnya tido peluk lantai lagi nyamannnn..

Day 3
=====
+ Check-out sbb dah nak gerak ke Seongsan & Jeju City. Singgah Jeju World Cup Stadium dulu, then terus ke Ecoland Theme Park (dah beli tiket kat KLOOK - 2 Adult & 2 Youth RM145.80). Dalam perjalanan kami berhenti kereta sbb nak cari toilet, sekali ada kereta berhenti depan kami. Ada 2-3 orang atok tua ke mcm pacik2.. sambil bukak boot kereta, nampak la ada flusk berasap.. daku dah cuak sbb diorang dok pandang2 kami.. tiba2 sorang atok tu datang ke arah kami, rupanya nak ajak minum kopi ;) alololo.. suweeetttt je tau atok korea ni..

+ Dari Ecoland (kami habiskan masa kat Ecoland sejam lebih naik train dalam tu. Ada 4 station & terlalu banyak attraction utk  bergambar) kami gerak pi makan kat Willala Fish & Chip (area Seongsan), sepanjang jalan tu mmg tak hanti snap gambar. Jeju sangat banyak pemandangan yg cantik2. Boleh kata setiap 10 langkah korang akan rasa nak berhenti utk snap gambar.

+ Kimnyoung Maze Park - kami sampai dah petang sangat (4.30 ptg), tutup masa winter kol 5.00 ptg. So, decide utk main dengan kucing je kat depan entrance tu, free je. Disebabkan kami pencinta kucing, lama jugak lepak dengan kucing korea ;)

+ Meneruskan perjalanan ke Woljeongri Beach (famous dengan kerusi berwarna-warni). Angin laut makkk aiiiii.. dah la makin senja, makin sejuk.. tak tahan gile..

+ Oleh kerana nak check-in kat Hotel Jeju Staz Robero sebelah malam, perut dah lapar.. kami singgah makan dulu kat Assalam Restaurant (owner orang Yaman & wife org Jeju). Kat sini kami makan Nasi Mandi Ayam & Nasi Kabsah Kambing.. Allahuakbar, sedap wehhhh dapat nasik kat tekak.. Harga utk 1 orang KRW14,000 - 18,000 (RM45-65) tapi portion boleh makan 2 orang.. kami ter'order' utk 4 orang, akhirnya tapau 1 plate utk makan kat hotel.

+ Check-in Staz Robero (tengah bandar Jeju City, depan ada entrance Jungang Underground Market, jalan kaki sket ada Daiso, betul-betul depan hotel ada Gwandeokjeong Pavillion.

(Jeju Mokgwana is the former central government office where the magistrate of Jeju presided over political and administrative affairs from 1392 to 1910. Jeju Mokgwana was burned to the ground in 1434 and rebuilt shortly afterward. However, it was systemically destroyed during the Japanese colonial period (1910-1945) with the exception of Gwandeokjeong, which remained intact. The current Jeju Mokgwana was restored in December 2002 following four extensive excavation projects from 1991 to 1998, which was performed to to find its structures as well as locations of buildings, based on expert opinions as well as old documents).

Day 4
=====
+ Jungang Underground Market & Daiso (shopping activities - mask, cosmetics, chocolate) Sebenarnya sebelah hotel ada je kedai cenderahati ahjumma. Murah & banyak dapat free, kami dapat free limau & chocolate. Beli banyak, lagi banyak dapat free. Dia mmg peramah sangat & suka sangat kalau bgtau kita dari Malaysia.

+ Lunch kami makan kat Bada Janchi (dekat dengan Ramada Hotel). Set utk 4 orang makan KRW106,000 (RM370.60). Set tu ada nasik, ikan ala-ala asam pedas, sotong goreng pedas, bubur abalone & side dish (kimchi, ikan bilis, salad). Air kosong dah tentu la included. Kenyang ya ampunnnn..

+ Petang & malam mmg kami free & easy jalan2 area hotel je.. mlm makan megi, pisang, limau & sibuk packing sbb esoknya dah nak fly balik.

Day 5
=====
+ Check-out, kami pi isi penuhkan minyak kereta dulu sebelum pulangkan balik. Flight 4.00 pm, tapi kol 12 kami dah kat airport.

Ibrah ke Jeju : Belajar cara hidup di negara orang yg susah nak dapatkan makanan halal, budaya yang berbeza (walau ucap annyeong jgn berani nak tersengih2 sbb org korea anggap kau nak menggatal), belajar solat jamak, belajar not to talk about religion (sbb org korea anggap agama tu personal & bukan utk diperkatakan apatah lagi tunjuk). Overall, sangat happy spent time dengan family. The next trip mungkin Fukuoka atau Hat Yai.