Dilahirkan pada suatu pagi Ahad menjelang subuh 15 November 1981 di Hospital Universiti Kuala Lumpur hasil perkongsian hidup pasangan muda Abdul Karim Mohamad dengan Fatimah Ismail. Anak sulung dari empat beradik ini dibesarkan di Kampung Pasir Lama, Jalan Klang Lama sebuah perkampungan setinggan di ibukota. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Pasir Lama seawal tahun 1987 ketika berusia tujuh tahun. Melanjutkan pendidikan peringkat rendah selama enam tahun dari 1988 hingga 1993 di Sekolah Kebangsaan Seri Mega, Overseas Union Garden (OUG) Kuala Lumpur. Mendapat 2A dan 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 1993. Meneruskan pendidikan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma, Jalan Puchong dari 1994-1996. Mendapat 6B dan 2C dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1996. Pemuda berbintang Scorpio ini melanjutkan pelajaran tingkatan empat dan lima dalam jurusan Elektronik di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gaj...