Nov 5, 2025

Episod 19: Kontrak Pertama


Kertas yang Refza tandatangan hari itu bukan sekadar kontrak tapi bukti semua janji akhirnya tertunai... 

Episod 19: Kontrak Pertama

Hari itu, salji pertama turun di Lisbon.
Lembut, perlahan, seolah-olah langit pun nak meraikan sesuatu.

Refza baru habis latihan bila pengurus kelab panggil dia masuk ke bilik ofis.

Di atas meja, terbentang satu dokumen berlogo SC Braga.

Kertas putih, tulisan hitam, tapi tangan Refza menggigil masa nampak namanya tertera di situ.

“Refza Rayong,” kata pengurus itu dalam loghat Portugis pekat.

“Kau bukan lagi pemain percubaan. Mulai hari ini, kau pemain rasmi Braga.”

Dunia terasa berhenti sekejap. Bunyi hujan di luar hilang, degupan jantung sendiri pun macam tak kedengaran.

Dia cuba buka mulut, tapi suara tersekat di kerongkong.

Akhirnya dia cuma tunduk, cium belakang tangan sendiri, tanda syukur.

“Obrigado,” katanya perlahan, perkataan pertama yang dia belajar betul-betul dalam bahasa Portugis. Terima kasih.

Malam itu dia duduk di katil, pegang kertas kontrak tu lama.

Dia ambil gambar, hantar pada mak.
Tak sampai dua minit, mak balas,

“Mak bangga, Refza. Tapi jangan lupa sujud syukur dulu.”

Dia letak telefon, sujud atas lantai sejuk asrama.

Air matanya jatuh satu-satu. Dia teringat janji yang dulu, janji nak bawa nama pulang.

Keesokan harinya, dia disuruh hadir sidang media.

Lampu kamera menyala, wartawan menjerit panggil nama dia.

Seorang tanya,

“Kamu budak kampung dari Malaysia, macam mana boleh sampai ke sini?”

Refza senyum kecil. “Kadang-kadang, Tuhan hantar bakat pada orang yang paling jauh daripada kemewahan.”

Suasana senyap dua saat, sebelum seluruh dewan tepuk tangan.

Lepas sidang media, jurulatih datang peluk dia. “Selamat datang ke dunia sebenar, Rayong.”

Petang itu dia turun ke padang, kali ini dengan jersi rasmi Braga di badan.

Di belakangnya ada nombor 27, nombor yang dia pilih sendiri.

Kenapa 27? Sebab tu tarikh keramat dia mula main bola kat padang Simpang Kerayong dulu.

Masa lagu tema pasukan dimainkan, dia tunduk sekejap.

“Untuk mak, ayah, dan kampung aku,” bisiknya.

Dan bila wisel dibunyikan, sejarah pun bermula.

Refza Rayong, budak kampung dari Jasin, kini sah menjadi pemain profesional di bumi Eropah.

Bersambung pada Episod 20 (Episod akhir),
“Rumah Yang Menunggu”

Jeff Karim.

No comments:

Post a Comment