Tak semua musuh datang untuk menjatuhkan, ada yang muncul untuk jadikan kau lebih kuat...
Episod 10: Pertemuan Dengan Musuh
Hari Sabtu, padang utama akademi penuh dengan bunyi sorakan kecil dari pelatih lain.
Hari ni hari perlawanan dalaman, pelatih senior lawan pelatih baru.
Coach Harun berdiri di tepi padang, tangan bersilang di dada. Matanya tajam memerhati setiap pergerakan.
Refza dipilih sebagai penyerang utama pasukan pelatih baru.
Lawannya pula ketua pelatih senior, anak orang kaya bernama Danish Rahim.
Pemain yang semua orang puji, tapi juga yang paling suka menghina.
Sebelum sepak mula, Danish jalan dekat Refza, senyum sinis.
“Weh budak kampung, kau tahu tak ni bukan padang sawah?” Refza senyum kecil.
“Takpe, janji bola masih bulat.”
Tiupan wisel bermula, dan permainan terus panas.
Danish kawal bola dengan gaya megah, gaya macam nak bagi tahu semua orang, akulah bintang di sini.
Tapi Refza lain. Dia tak banyak gaya, dia banyak gerak.
Setiap kali bola lepas, dia kejar tanpa fikir penat.
Coach Harun yang jarang tunjuk emosi pun terangguk kecil tengok semangat budak Simpang Kerayong ni.
Minum masa separuh masa, Danish lalu depan Refza sambil sindir.
“Kalau kau tak reti main, balik jual nasi lemak mak kau.”
Kawan-kawan lain gelak, tapi Refza diam.
Dia cuma jawab perlahan, “Aku main bukan sebab nak gelak. Aku main sebab aku lapar.”
Separuh masa kedua, hujan mula turun.
Padang jadi licin, permainan jadi kasar.
Danish cuba trick mewah, tapi tergelincir sendiri.
Refza ambil bola tu, lari laju, lutut lecah lumpur, tapi matanya fokus.
Dia lepaskan sepakan rendah deras ke penjuru kanan gol.
Penjaga gol terbang tapi tak sempat.
Gol.
Coach Harun terus tepuk tangan, wisel berbunyi panjang.
Danish tunduk tak percaya, dan dari tepi padang, budak-budak kampung yang kebetulan tengok dari luar pagar menjerit macam Malaysia baru menang emas SEA Games.
Lepas game, Danish lalu depan Refza tanpa pandang muka.
Refza senyum saja, hulur tangan.
“Takde musuh, cuma kawan yang belum faham kita.”
Danish tak sambut tangan tu, tapi malam tu dia termenung lama di dorm.
Mungkin sebab ego, mungkin sebab rasa hormat yang baru lahir.
Dan sejak hari tu, semua pelatih tahu satu benda.
Kalau ada budak pakai kasut buruk tapi main sepenuh jiwa, jangan pandang rendah.
Sebab dia bukan kejar perhatian.
Dia kejar impian.
Bersambung pada Episod 11,
“Musim Baru, Tekanan Baru”
Jeff Karim.
No comments:
Post a Comment