Episod 9: Jendela Musim Sejuk
“Ada kelab dari England yang datang,” Telefon bergetar, mesej masuk dari ejen.
“London waiting, kid.”
Refza Rayong – Musim Kedua
Oleh Jeff Karim
Episod 9: Jendela Musim Sejuk
Disember datang bersama kabus tebal yang menggantung di jalan-jalan lama Braga.
Jendela bilik aku berembun, dan setiap pagi, bunyi loceng gereja kedengaran lebih sayu daripada biasa.
Musim perpindahan dibuka.
Dalam dunia bola sepak, Disember bukan bulan perasaan, ia bulan tawar-menawar.
Bulan di mana masa depan boleh berubah hanya dengan satu panggilan telefon.
Aku baru habis latihan pagi bila Joao Mendes panggil masuk ke pejabatnya.
Dia duduk bersandar, tangan bersilang di dada, pandang aku lama tanpa bersuara.
“Ada kelab dari England yang datang,” kata akhirnya.
Nada dia tenang, tapi mata dia penuh isyarat yang aku faham.
Aku tak jawab.
Dalam kepala aku, bayangan Arsenal muncul sekejap, stadium besar, kamera, sorakan yang tak pernah berhenti.
Tapi kemudian aku pandang kasut bola di bawah meja, penuh lumpur dari padang latihan Braga.
Tempat ni bukan hanya kelab, tapi tapak pertama aku tanam impian.
“Mereka nak jumpa ejen kau minggu depan,” sambung Joao.
“Tapi aku nak kau tahu, Braga masih perlukan kau. Satu piala lagi. Satu sejarah lagi.”
Aku diam.
Di luar tingkap, hujan gerimis turun perlahan, dan sunyi, seperti tanda tanya yang belum ada jawapan.
Malam itu aku tak boleh tidur.
Telefon bergetar, mesej masuk dari ejen.
“London waiting, kid.”
Aku pandang siling bilik sewa, fikir tentang semua latihan pagi dalam kabus, semua kecederaan kecil yang aku biar sembuh sendiri, dan semua janji aku pada mak.
Pagi esoknya, aku datang latihan paling awal.
Rumput masih sejuk, bola pun keras. Tapi aku terus berlari, sampai Joao sendiri tengok dari jauh tanpa kata.
Bila latihan tamat, dia hampiri aku.
“Apa keputusan kau?”
Aku senyum.
“Kalau ini musim terakhir aku di Braga, aku nak tinggalkan sesuatu yang kekal.”
Joao tepuk bahu aku, dan kami pandang padang yang diselimuti kabus.
Bola terbiar di tengah garisan, seolah-olah menunggu seseorang datang menendang sejarah baru.
Dalam hati, aku tahu, dunia mungkin dah memanggil.
Tapi sebelum aku melangkah keluar, aku nak pastikan tempat aku bermula ni akan kekal dikenang.
Bersambung pada Episod 10: Sembilan Puluh Ditambah Tiga
Comments
Post a Comment