Nov 19, 2009

Dua puloh lapan kali November

Bulan sa-belas adalah bulan untuk merenung kembali sejarah silam.

Apakah pencapaian yg berjaya dikecapi sejak diberanakkan ka-mukabumi ini dua puloh lapan tahun yg lampau.

Merenung juga berapa lama lagi baki sisa-sisa kehidupan yg tinggal untok dihabiskan.

Ternyata pencapaian tertinggi yg berjaya aku kecapi adalah darjah kebesaran Ilahi yg menganugerahkan pangkat suami kepada sa-orang istri tercinta dan gelaran ayah kepada sepasang cahayamata comel.

Maha besar Allah S.W.T aku bersyukur diatas nikmat anugerahMu yg mengurniakan nikmat kehidupan sepanjang dua puloh lapan tahun aku Kau hidupkan..

No comments:

Post a Comment