Nov 17, 2009

VS Wolverhampton

Aku menjangkakan pertemuan menentang Wolverhampton Sabtu ini akan menjarakkan lagi perbezaan gol antara pesaing-pesaing terdekat Chelsea. Terutamanya Arsenal dan Manchester United.

Namun dengan ketiadaan perancang utama Frank Lampard sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kerakusan Chelsea untuk memburu sebanyak mungkin gol.

Dengan Arsenal yang kini mengumpul 22 perbezaan gol, tampak tidak mustahil Chelsea yang kini punya 21 perbezaan gol akan mendahului dengan jumlah gol sesudah perlawanan hujung minggu ini.

Bagi pengurus-pengurus kelab fantasi diingatkan ada 4 kelab yang akan bermain dua kali pada gameweek kali ini. Ianya ialah Hull City, Everton, Fulham dan Blackburn.

Ini ramalan aku untuk 4 big club yang akan bermain hujung minggu ini:

Liverpool 1 - 1 Manchester City

Chelsea 4 - 0 Wolverhampton

Sunderland 2 - 2 Arsenal

Manchester United 2 - 0 Everton

Kita nantikan siapa yang kena.

No comments:

Post a Comment