Posts

Episod 15 (Akhir): Malam Yang Ditunggu London

Image
"Final UEFA Champions League, Arsenal lawan Chelsea. Satu Bandar dua warna." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 15 (Akhir): Malam Yang Ditunggu London London malam itu bernafas perlahan. Langitnya berat, tapi lampu-lampu di sekitar Wembley menyala seperti ribuan nadi yang berdegup serentak. Final Liga Juara-Juara. Arsenal lawan Chelsea. Satu bandar, dua warna, satu sejarah yang masih kosong menunggu nama baru diukir pada piala itu. Aku berdiri di tengah padang, pandang sekeliling. Bendera merah putih bergoyang di setiap penjuru Wembley. Arteta menepuk bahuku perlahan. “Kau tahu apa maknanya malam ini, kan Refza?” Aku angguk. Dalam kepala aku cuma terbayang wajah mak. Dapur kecil, kipas berhabuk, dan suaranya waktu aku tinggalkan rumah dulu, “Pergilah, Refza. Jadikan mimpi tu satu kenyataan.” Wisel kick-off dibunyikan, dan dunia mula berputar. Chelsea menekan dari awal. Minit ke-13, Pedro Neto melepaskan rembatan deras, tapi David Raya terbang macam ...

Episod 14: Jalan Ke Eropah

Image
"Hari perlawanan UCL, Arsenal lawan Napoli, lagu tema Champions League dimainkan." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 14: Jalan Ke Eropah Bunyi lagu tema Champions League malam itu seakan datang dari mimpi yang pernah aku tulis dalam buku sekolah dulu. Bila kamera berpusing ke arah kami, aku berdiri di belakang barisan, tapi dalam hati, aku rasa lebih tinggi daripada semua bangunan yang ada di London. Ini malam pertama aku di pentas Eropah. Lampu di Emirates terlalu terang, dan sekejap-sekejap aku rasa macam cahaya itu menembus terus ke dada. Arsenal lawan Napoli, nama besar, rentak deras, dan aku tahu, ini bukan lagi padang latihan Colney. Ini dunia sebenar, tempat di mana satu kesilapan sentuhan, boleh masuk tajuk utama akhbar esok pagi. Minit ke-27, bola jatuh di depan aku. Tak sempat fikir, aku potong ke kiri dan cuba hantaran lintang. Bola tu singgah di kepala Gabriel Magalhães tapi palang menjadi penghalang. Separuh stadium mengeluh, tapi di b...

Episod 13: Emirates Belajar Namaku

Image
"Hantaran lintang aku hampir disambut Martinelli. Sorakan di Emirates bergema dan irama tepukan kedengaran." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 13: Emirates Belajar Namaku Hari itu, aku duduk di bilik persalinan Arsenal sambil pandang kasut yang baru aku ikat. Nama aku tercetak kecil di tepi but, Refza R. 27, aksara yang aku lihat seperti doa yang akhirnya dikabulkan. Dalam kepala, aku ulang-ulang pesanan Arteta. “Main dengan berani. Kalau kau takut, bola pun akan takut datang pada kau.” Suara penyokong dari luar stadium makin kuat. Bila aku melangkah ke terowong, dadaku terasa sempit, tetapi langkah kakiku tetap maju ke depan. Stadium Emirates berdiri macam katedral moden. Lautan merah putih menunggu, dan bila aku melangkah masuk padang, aku terasa macam bumi bergetar dibawah tapak kasut aku sendiri. Wisel mula ditiup. Aku tak fikir apa-apa, cuma mengikut arus permainan yang laju, seperti derasnya air yang tak ada peluang untuk berhenti. Beberapa k...

Episod 12: Padang Latihan Colney

Image
"Kapten Ødegaard datang hampiri aku, coach Arteta hanya angkat kening, tapi dalam dunia ini, kening itu lebih menusuk dari suara." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 12: Padang Latihan Colney Angin pagi di Colney menyucuk dan sejuk, berbeza jauh dari Braga yang hangat dan lembap. Rumput di sini macam permaidani, tiada benjol, tiada lopak, tapi keras di bawah, seperti setiap inci tanah ini pun menuntut bukti. Latihan pertama aku bermula dengan senyap. Tak ada gurauan, tak ada jerit kosong. Setiap pemain tahu tempat masing-masing, dan setiap larian terasa seperti ujian. Aku cuba ikut rentak, tapi tempo di sini laju macam arus Thames. Satu hantaran lambat, satu sentuhan berat, dan bola pasti akan hilang ke kaki lawan. Coach Mikel Arteta hanya angkat kening, tapi dalam dunia ni, kening itu lebih menusuk dari suara. Martin Ødegaard datang hampiri aku masa rehat. Dia senyum, hulur tangan, “Welcome to Arsenal, brother.” Aku balas dengan senyum yang separuh...

Episod 11: London Dalam Hujan

Image
"Are you ready, kid?” Gambar Henry, Bergkamp, Vieira terpampang jelas di sepanjang dinding koridor. Semua wajah yang dahulunya aku kenal dari poster di bilik tidur saja. Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 11: London Dalam Hujan London menyambut aku dengan hujan. Bukan renyai yang manja, tapi hujan tebal yang jatuh tanpa arah, seolah-olah seluruh langit sedang menguji niat aku. Payung hitam ejen aku terlipat kena angin, dan kami berlari masuk ke bangunan kelab terbesar di utara kota itu. Di dinding koridor, gambar-gambar lama terpampang, Henry, Bergkamp, Vieira.  Semua wajah yang dulu aku hanya kenal dari poster di bilik tidur. Di bilik mesyuarat, meja panjang berkilat dan sehelai kontrak menunggu di tengah. Aku pandang kertas tu lama. Nama aku tertulis di hujung kiri, dan logo Arsenal di atas kepala kertas itu seolah-olah menatap aku balik. “Are you ready, kid?” tanya ejen aku. Aku tarik nafas panjang, genggam pen, dan tandatangan dengan tangan yang sedi...

Episod 10: Sembilan Puluh Ditambah Tiga

Image
“Anak Braga Selamatkan Kota Minho, Refza Rayong, 93.” Akhbar utama Lisbon memaparkan muka aku di halaman depan. Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 10: Sembilan Puluh Ditambah Tiga Malam itu Braga berdepan Porto. Stadium penuh, bendera merah bergoyang dalam dingin udara Disember yang menggigit. Aku duduk di bangku simpanan, tangan berbalut sarung, jantung berdetak macam nak pecah. Joao Mendes tengok jam setiap lima minit, mulutnya tak henti-henti memberi arahan dari tepi garisan. Minit ke-78, Porto masih mendahului 1-0. Braga buntu, dan penonton sudah mula hilang sabar. Nama aku dipanggil. “Refza, masuk ganti Pedro.” Aku berdiri, tarik nafas panjang, dan menoreh udara dengan larian pertama ke tengah padang. Lampu limpah bersilau di mata, tapi suara penyokong memeluk seluruh tubuh. Minit ke-90, harapan hampir padam. Satu demi satu hantaran gagal, setiap percubaan terbias keluar. Joao Mendes jerit, “Teruskan tekan!” Dan aku tahu walaupun cuma tiga minit masa tam...

Episod 9: Jendela Musim Sejuk

Image
“Ada kelab dari England yang datang,” Telefon bergetar, mesej masuk dari ejen. “London waiting, kid.” Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 9: Jendela Musim Sejuk Disember datang bersama kabus tebal yang menggantung di jalan-jalan lama Braga. Jendela bilik aku berembun, dan setiap pagi, bunyi loceng gereja kedengaran lebih sayu daripada biasa. Musim perpindahan dibuka. Dalam dunia bola sepak, Disember bukan bulan perasaan, ia bulan tawar-menawar. Bulan di mana masa depan boleh berubah hanya dengan satu panggilan telefon. Aku baru habis latihan pagi bila Joao Mendes panggil masuk ke pejabatnya. Dia duduk bersandar, tangan bersilang di dada, pandang aku lama tanpa bersuara. “Ada kelab dari England yang datang,” kata akhirnya. Nada dia tenang, tapi mata dia penuh isyarat yang aku faham. Aku tak jawab. Dalam kepala aku, bayangan Arsenal muncul sekejap, stadium besar, kamera, sorakan yang tak pernah berhenti. Tapi kemudian aku pandang kasut bola di bawah meja, penuh ...