Posts

Showing posts from 2025

Episod 15 (Akhir): Malam Yang Ditunggu London

Image
"Final UEFA Champions League, Arsenal lawan Chelsea. Satu Bandar dua warna." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 15 (Akhir): Malam Yang Ditunggu London London malam itu bernafas perlahan. Langitnya berat, tapi lampu-lampu di sekitar Wembley menyala seperti ribuan nadi yang berdegup serentak. Final Liga Juara-Juara. Arsenal lawan Chelsea. Satu bandar, dua warna, satu sejarah yang masih kosong menunggu nama baru diukir pada piala itu. Aku berdiri di tengah padang, pandang sekeliling. Bendera merah putih bergoyang di setiap penjuru Wembley. Arteta menepuk bahuku perlahan. “Kau tahu apa maknanya malam ini, kan Refza?” Aku angguk. Dalam kepala aku cuma terbayang wajah mak. Dapur kecil, kipas berhabuk, dan suaranya waktu aku tinggalkan rumah dulu, “Pergilah, Refza. Jadikan mimpi tu satu kenyataan.” Wisel kick-off dibunyikan, dan dunia mula berputar. Chelsea menekan dari awal. Minit ke-13, Pedro Neto melepaskan rembatan deras, tapi David Raya terbang macam ...

Episod 14: Jalan Ke Eropah

Image
"Hari perlawanan UCL, Arsenal lawan Napoli, lagu tema Champions League dimainkan." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 14: Jalan Ke Eropah Bunyi lagu tema Champions League malam itu seakan datang dari mimpi yang pernah aku tulis dalam buku sekolah dulu. Bila kamera berpusing ke arah kami, aku berdiri di belakang barisan, tapi dalam hati, aku rasa lebih tinggi daripada semua bangunan yang ada di London. Ini malam pertama aku di pentas Eropah. Lampu di Emirates terlalu terang, dan sekejap-sekejap aku rasa macam cahaya itu menembus terus ke dada. Arsenal lawan Napoli, nama besar, rentak deras, dan aku tahu, ini bukan lagi padang latihan Colney. Ini dunia sebenar, tempat di mana satu kesilapan sentuhan, boleh masuk tajuk utama akhbar esok pagi. Minit ke-27, bola jatuh di depan aku. Tak sempat fikir, aku potong ke kiri dan cuba hantaran lintang. Bola tu singgah di kepala Gabriel Magalhães tapi palang menjadi penghalang. Separuh stadium mengeluh, tapi di b...

Episod 13: Emirates Belajar Namaku

Image
"Hantaran lintang aku hampir disambut Martinelli. Sorakan di Emirates bergema dan irama tepukan kedengaran." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 13: Emirates Belajar Namaku Hari itu, aku duduk di bilik persalinan Arsenal sambil pandang kasut yang baru aku ikat. Nama aku tercetak kecil di tepi but, Refza R. 27, aksara yang aku lihat seperti doa yang akhirnya dikabulkan. Dalam kepala, aku ulang-ulang pesanan Arteta. “Main dengan berani. Kalau kau takut, bola pun akan takut datang pada kau.” Suara penyokong dari luar stadium makin kuat. Bila aku melangkah ke terowong, dadaku terasa sempit, tetapi langkah kakiku tetap maju ke depan. Stadium Emirates berdiri macam katedral moden. Lautan merah putih menunggu, dan bila aku melangkah masuk padang, aku terasa macam bumi bergetar dibawah tapak kasut aku sendiri. Wisel mula ditiup. Aku tak fikir apa-apa, cuma mengikut arus permainan yang laju, seperti derasnya air yang tak ada peluang untuk berhenti. Beberapa k...

Episod 12: Padang Latihan Colney

Image
"Kapten Ødegaard datang hampiri aku, coach Arteta hanya angkat kening, tapi dalam dunia ini, kening itu lebih menusuk dari suara." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 12: Padang Latihan Colney Angin pagi di Colney menyucuk dan sejuk, berbeza jauh dari Braga yang hangat dan lembap. Rumput di sini macam permaidani, tiada benjol, tiada lopak, tapi keras di bawah, seperti setiap inci tanah ini pun menuntut bukti. Latihan pertama aku bermula dengan senyap. Tak ada gurauan, tak ada jerit kosong. Setiap pemain tahu tempat masing-masing, dan setiap larian terasa seperti ujian. Aku cuba ikut rentak, tapi tempo di sini laju macam arus Thames. Satu hantaran lambat, satu sentuhan berat, dan bola pasti akan hilang ke kaki lawan. Coach Mikel Arteta hanya angkat kening, tapi dalam dunia ni, kening itu lebih menusuk dari suara. Martin Ødegaard datang hampiri aku masa rehat. Dia senyum, hulur tangan, “Welcome to Arsenal, brother.” Aku balas dengan senyum yang separuh...

Episod 11: London Dalam Hujan

Image
"Are you ready, kid?” Gambar Henry, Bergkamp, Vieira terpampang jelas di sepanjang dinding koridor. Semua wajah yang dahulunya aku kenal dari poster di bilik tidur saja. Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 11: London Dalam Hujan London menyambut aku dengan hujan. Bukan renyai yang manja, tapi hujan tebal yang jatuh tanpa arah, seolah-olah seluruh langit sedang menguji niat aku. Payung hitam ejen aku terlipat kena angin, dan kami berlari masuk ke bangunan kelab terbesar di utara kota itu. Di dinding koridor, gambar-gambar lama terpampang, Henry, Bergkamp, Vieira.  Semua wajah yang dulu aku hanya kenal dari poster di bilik tidur. Di bilik mesyuarat, meja panjang berkilat dan sehelai kontrak menunggu di tengah. Aku pandang kertas tu lama. Nama aku tertulis di hujung kiri, dan logo Arsenal di atas kepala kertas itu seolah-olah menatap aku balik. “Are you ready, kid?” tanya ejen aku. Aku tarik nafas panjang, genggam pen, dan tandatangan dengan tangan yang sedi...

Episod 10: Sembilan Puluh Ditambah Tiga

Image
“Anak Braga Selamatkan Kota Minho, Refza Rayong, 93.” Akhbar utama Lisbon memaparkan muka aku di halaman depan. Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 10: Sembilan Puluh Ditambah Tiga Malam itu Braga berdepan Porto. Stadium penuh, bendera merah bergoyang dalam dingin udara Disember yang menggigit. Aku duduk di bangku simpanan, tangan berbalut sarung, jantung berdetak macam nak pecah. Joao Mendes tengok jam setiap lima minit, mulutnya tak henti-henti memberi arahan dari tepi garisan. Minit ke-78, Porto masih mendahului 1-0. Braga buntu, dan penonton sudah mula hilang sabar. Nama aku dipanggil. “Refza, masuk ganti Pedro.” Aku berdiri, tarik nafas panjang, dan menoreh udara dengan larian pertama ke tengah padang. Lampu limpah bersilau di mata, tapi suara penyokong memeluk seluruh tubuh. Minit ke-90, harapan hampir padam. Satu demi satu hantaran gagal, setiap percubaan terbias keluar. Joao Mendes jerit, “Teruskan tekan!” Dan aku tahu walaupun cuma tiga minit masa tam...

Episod 9: Jendela Musim Sejuk

Image
“Ada kelab dari England yang datang,” Telefon bergetar, mesej masuk dari ejen. “London waiting, kid.” Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 9: Jendela Musim Sejuk Disember datang bersama kabus tebal yang menggantung di jalan-jalan lama Braga. Jendela bilik aku berembun, dan setiap pagi, bunyi loceng gereja kedengaran lebih sayu daripada biasa. Musim perpindahan dibuka. Dalam dunia bola sepak, Disember bukan bulan perasaan, ia bulan tawar-menawar. Bulan di mana masa depan boleh berubah hanya dengan satu panggilan telefon. Aku baru habis latihan pagi bila Joao Mendes panggil masuk ke pejabatnya. Dia duduk bersandar, tangan bersilang di dada, pandang aku lama tanpa bersuara. “Ada kelab dari England yang datang,” kata akhirnya. Nada dia tenang, tapi mata dia penuh isyarat yang aku faham. Aku tak jawab. Dalam kepala aku, bayangan Arsenal muncul sekejap, stadium besar, kamera, sorakan yang tak pernah berhenti. Tapi kemudian aku pandang kasut bola di bawah meja, penuh ...

Episod 8: Surat Tanpa Alamat

Image
“Kalau satu hari nanti Refza dah berjaya, mak janji datang tengok Refza main ya?” “Tapi mak nak kau berjanji juga. Kalau kau rasa susah, kalau kau rasa rindu nak balik, jangan malu beritahu mak ya nak?”... Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 8: Surat Tanpa Alamat Malam itu sunyi. Hanya bunyi kipas kecil di siling bilik sewa yang berpusing perlahan, memecah sepi yang terlalu panjang selepas latihan petang tadi. Di luar, hujan halus mula turun. Bunyi titisan air di tingkap seperti lagu yang aku dah hafal sejak mula menetap di Braga. Aku capai telefon, tekan ikon panggilan video yang dah lama tak aku buka. Wajah ibu muncul di skrin, samar, tapi senyumannya masih sama seperti dulu. Belakang dia, dapur kecil di rumah kampung. Lampu kuning malap, pinggan berlapis di sinki, dan suara ayam jiran kedengaran di kejauhan. “Refza, kau makan dah?” Aku angguk, walaupun sebenarnya belum. Dia pandang aku lama. “Jangan tipu mak. Kau makin kurus. Kau kerja kuat sangat kan?” Aku...

Episod 7: Derby di Hujan Batu

Image
"Skor masih 0-0. Joao Mendes jerit dari tepi, “Refza, stay wide!”   Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 7: Derby di Hujan Batu Langit Braga petang itu berwarna kelabu pekat. Awan tebal tergantung rendah di atas bumbung stadium, dan angin sejuk berhembus membawa bau besi dari hujan yang hampir turun. Derby Minho, Braga lawan Guimarães. Hari yang penduduk utara Portugal tunggu setiap musim, dan hari yang setiap pemain tahu, satu silap kecil boleh buat nama mereka dibenci semusim. Dari bilik persalinan, aku dengar bunyi penyokong macam ombak. Dentuman genderang, siulan, dan jeritan bercampur jadi satu irama yang buat jantung berdegup laju. Joao Mendes pandang kami satu-satu. “Main macam tak ada hari esok,” katanya ringkas, tapi nada dia seperti doa yang penuh makna. Bila aku melangkah masuk ke padang, titisan hujan pertama jatuh ke pipi. Rumput licin, udara berat, dan semua orang nampak lebih garang dari biasa. Minit ke-23, aku kena pijak di buku lali masa m...

Episod 6: Sepakan di Esplanada

Image
"Aku kenal dia. Paulo, bekas pemain Braga yang pernah bermain untuk Benfica." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 6: Sepakan di Esplanada Hujung November membawa angin dingin dari Atlantik. Sungai Cavado mengalir perlahan di tengah kota Braga, tenang macam waktu berhenti sebentar untuk bernafas. Aku duduk di sebuah kafe kecil tepi sungai, Esplanada do Sol, nama yang terpampang di papan kayu pudar di pintu masuk. Di depan aku, secawan espresso yang dah mula sejuk dan buku nota yang dah lama tak sempat aku tulis. Hari ni hari cuti pasukan. Joao Mendes suruh kami semua “bernafas dulu, sebelum musim sejuk mula menekan paru-paru.” Di meja sebelah, ada seorang lelaki separuh umur dengan jaket kulit hitam dan rambut yang mula beruban di sisi. Aku kenal dia. Paulo, bekas pemain Braga yang dulu pernah bermain untuk Benfica. Dia perasan aku pandang. Dia senyum, angkat cawan kopi, dan jalan ke arah aku dengan langkah tenang. “Boleh aku duduk?” Aku angguk. Dia l...

Episod 5: Helaian Merah

Image
"Helaian merah dengan tulisan kecil di tepi: Arsenal Football Club, London." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 5: Helaian Merah Petang itu langit Braga berwarna jingga keemasan. Matahari condong di ufuk barat, dan bayang pemain jatuh panjang di atas rumput latihan. Latihan hari ini agak pelik. Joao Mendes suruh kami buat hantaran jarak jauh berulang-ulang kali, seolah-olah ada sesuatu yang sedang diuji lebih daripada biasa. Aku tak fikir apa-apa, cuma fokus pada bola. Satu, dua, tiga kali aku hantar silang ke sayap kiri, dan setiap kali bola sampai, Joao angkat keningnya puas. Tapi bila aku toleh ke tepi padang, aku nampak seorang lelaki berdiri di situ. Berjaket merah gelap, berkaca mata hitam, dan memegang buku nota kecil. Dia tak banyak bergerak. Tapi setiap kali aku terima bola, matanya berpaling ke arah aku. Mula-mula aku sangka dia wartawan. Tapi Joao menghampirinya selepas latihan tamat, dan cara mereka bersalaman buat aku tahu, itu bukan wa...

Episod 4: Orang Kota Tua

Image
"Dia pegang akhbar muka depan, gambar aku meraikan gol minggu lepas, kemudian menoleh ke arahku dan angkat ibu jari." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 4: Orang Kota Tua Bas Braga bergerak perlahan meninggalkan bandar ketika matahari baru naik di balik bukit. Jalan berbatu menuju Guimarães berliku-liku, seakan mahu menguji kesabaran setiap penumpang di dalamnya. Aku duduk di baris ketiga dari belakang, kepala bersandar di tingkap sejuk. Di luar, sawah kecil dan rumah batu berselang-seli, semuanya kelihatan seperti lukisan lama yang tenang. Setiap kali bas membelok, aku teringat jalan tanah di Simpang Kerayong. Jalan sempit yang dulu aku lalui setiap petang, kadang berkaki ayam, kadang dengan kasut koyak yang mak jahit sendiri. Dulu, aku pernah berdiri di tepi padang menonton liga tempatan. Tiket cuma tiga ringgit, tapi masa tu pun aku tak mampu beli. Aku hanya tengok dari luar pagar dawai, sambil berharap satu hari nanti aku akan ada di tengah pada...

Episod 3: Malam Taça

Image
"Refza, warm up. Tiga perkataan itu buat jantung aku berdegup lebih laju daripada apa pun sebelum ini." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 3: Malam Taça Malam itu udara Braga lebih dingin daripada biasa. Lampu stadium menyala perlahan, memantulkan warna putih ke atas rumput yang baru disiram. Piala Portugal. Bukan kejohanan besar, tapi bagi aku yang baru datang dari kampung kecil di Malaysia, inilah pentas sebenar pertama. Aku duduk di bangku simpanan, tangan sejuk dalam jaket merah tua. Joao Mendes berdiri di garisan, matanya tidak lepas dari permainan yang belum menentu. Separuh masa pertama tamat tanpa gol. Suara penyokong tidak seramai liga, tapi tetap ada nyawa yang bergetar setiap kali bola menghampiri kotak penalti. “Refza, warm up.” Tiga perkataan itu buat jantung aku berdegup lebih laju daripada apa pun sebelum ini. Aku berdiri, regangkan kaki, dan pandang ke arah langit. Dalam kepala, aku cuma terbayang satu perkara, semua larian yang aku ...

Episod 2: Bahasa Rumput

Image
"Di sini, bola bukan sekadar bola. Dia bercakap kalau kau mahu mendengarnya.” Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 2: Bahasa Rumput Hari kedua di Braga bermula dengan embun yang lambat kering. Langit mendung, seolah-olah ingin menguji sabar pemain baharu seperti aku. Padang latihan masih basah dari hujan malam tadi. Rumput melekat pada but setiap kali aku melangkah, seperti mahu menguji setiap inci tenaga yang tinggal. Jurulatih Joao Mendes menunggu di tepi padang dengan tangan bersilang. Tatapannya tajam, tapi suaranya tenang, “Kau dah mula faham bahasa kami, Refza?” Aku hanya menggeleng sambil tersenyum hambar. Dia ketawa sebelum menjawab, “Kalau belum, hari ini kita belajar bersama-sama.” Latihan pagi bermula dengan hantaran pendek. Tiada muzik, tiada jeritan, hanya bunyi bola yang bergulir di atas rumput. Aku belajar banyak daripada diam. Daripada cara pemain lain mengangkat kepala sebelum melepaskan bola, daripada langkah yang disusun penuh sabar. Ada...

Episod 1: Angin Minho

Image
"Jurulatih suruh aku bermain di sayap kiri, tetapi rapat ke tengah." Refza Rayong – Musim Kedua Oleh Jeff Karim Episod 1: Angin Minho Pagi pertama di Braga datang dengan lembutnya cahaya yang meniti di celah bangunan batu. Udara laut dari Atlantik singgah ke dalam bilik, membawa bau garam dan sedikit rasa sepi. Aku berdiri di jendela sambil memerhati orang lalu-lalang di jalan sempit. Ada kedai roti kecil di penjuru, dan bau kopi dari situ menenangkan saraf yang tegang sejak tiba semalam. Beg hitam di hujung katil masih belum dibuka sepenuhnya. Aku hanya keluarkan kasut bola dan sehelai baju latihan Braga, tergantung di dinding seperti janji yang perlu ditepati. “Di sini, aku mesti buktikan sesuatu,” bisikku perlahan. Kata-kata itu terpantul pada cermin kecil di meja, mengingatkan aku siapa diri ini sebelum segala mimpi bermula. Bas yang membawa kami ke padang latihan bergerak perlahan di jalan berbatu. Di luar, matahari masih malu, disembunyikan awan nipis yang t...

Episod 20 (Akhir): Rumah Yang Menunggu

Image
Bila dia pulang, rumah itu masih sama cuma budak yang dulunya main bola di halaman tu dah jadi legenda...  Episod 20 (Akhir): Rumah Yang Menunggu Hari itu, selepas hampir lima tahun di bumi asing, Refza akhirnya pulang. Kapal terbang mendarat di KLIA, dan buat pertama kali dia rasa tanah Malaysia di bawah kakinya semula. Media dah tunggu. Wartawan hulur mikrofon, kamera berkelip-kelip, “Refza, apa perasaan kamu balik sebagai pemain profesional pertama dari Malaysia yang berjaya di Eropah?” Dia senyum kecil, pandang jauh. “Perasaan saya? Macam budak kampung yang akhirnya pulang dengan cerita panjang,” jawabnya tenang. Perjalanan ke Jasin terasa lebih perlahan daripada biasa. Dia duduk di dalam van, tengok sepanjang lebuhraya, tengok langit, semua masih sama, tapi dia dah tak sama. Sampai di simpang masuk kampung, dia suruh pemandu berhenti. Dia nak jalan kaki. Tanah merah, angin petang, bau rumput lepas hujan, semuanya buat dada dia ketat dengan rindu. Di tepi padang Sim...

Episod 19: Kontrak Pertama

Image
Kertas yang Refza tandatangan hari itu bukan sekadar kontrak tapi bukti semua janji akhirnya tertunai...  Episod 19: Kontrak Pertama Hari itu, salji pertama turun di Lisbon. Lembut, perlahan, seolah-olah langit pun nak meraikan sesuatu. Refza baru habis latihan bila pengurus kelab panggil dia masuk ke bilik ofis. Di atas meja, terbentang satu dokumen berlogo SC Braga. Kertas putih, tulisan hitam, tapi tangan Refza menggigil masa nampak namanya tertera di situ. “Refza Rayong,” kata pengurus itu dalam loghat Portugis pekat. “Kau bukan lagi pemain percubaan. Mulai hari ini, kau pemain rasmi Braga.” Dunia terasa berhenti sekejap. Bunyi hujan di luar hilang, degupan jantung sendiri pun macam tak kedengaran. Dia cuba buka mulut, tapi suara tersekat di kerongkong. Akhirnya dia cuma tunduk, cium belakang tangan sendiri, tanda syukur. “Obrigado,” katanya perlahan, perkataan pertama yang dia belajar betul-betul dalam bahasa Portugis. Terima kasih. Malam itu dia duduk di katil, pe...

Episod 18: Langit Lisbon

Image
Padang asing bahasa asing tapi semangat budak Simpang Kerayong tetap bahasa sejagat...  Episod 18: Langit Lisbon Udara Lisbon lain macam. Sejuknya menggigit pipi, tapi harum lautnya menenangkan jiwa. Refza turun dari bas kelab dengan beg kecil tersangkut di bahu, mata liar memandang sekeliling. Bangunan-bangunan tua tersusun rapi, dindingnya penuh seni lukisan dan bendera Portugal berkibar megah. Bunyi loceng tram tua bergema di jalan berbatu. Dia senyum kecil, antara teruja dan gementar. Di padang latihan SC Braga, semua pemain berkumpul. Budak-budak dari Brazil, Argentina, Sepanyol, semuanya nampak yakin dan tangkas. Refza tunduk sekejap, cium tapak tangannya, dan bisik dalam hati, “Aku datang dari Simpang Kerayong, bukan untuk jadi pelancong.” Latihan pertama bermula. Jurulatih menjerit dalam bahasa Portugis yang dia tak faham, tapi bahasa bola tu universal. Bila bola sampai ke kakinya, Refza buat apa yang dia tahu sejak kecil dia main dengan jiwa. Satu gerakan, satu...

Episod 17: Surat Dari Eropah

Image
Kadang mimpi besar datang dengan harga rindu yang tak semua sanggup bayar...  Episod 17: Surat Dari Eropah Pagi itu hujan renyai-renyai di akademi. Rumput basah, langit kelabu, tapi hati Refza tenang, tenang yang pelik. Dia baru lepas latihan ringan bila Coach Harun datang dari jauh sambil bawa satu sampul surat warna krim. Tak besar, tapi tangan jurulatih tu menggigil masa hulur. “Refza,” katanya perlahan. “Aku tak tahu nak cakap macam mana… tapi ini mungkin surat yang akan ubah hidup kau.” Budak kampung itu ambil perlahan. Nama dia tertera di depan, dengan logo kelab bola sepak yang cuma dia tengok dalam FIFA, SC Braga, Portugal. Refza kaku. Mata terbeliak. Mulut separuh terbuka tapi tak ada suara keluar. Coach tepuk bahunya. “Kelab tu nak kau datang untuk percubaan tiga bulan.” Tiga bulan di Eropah. Jauh dari Simpang Kerayong, jauh dari mak, jauh dari ayah. Petang tu, dia duduk diam di padang, surat tu masih digenggam. Hujan dah berhenti, tapi hatinya masih ribut. Ma...

Episod 16: Debut Dalam Kuning Hitam

Image
Tiada siapa tahu berapa doa tersembunyi disebalik tepukan malam debut negara...  Episod 16: Debut Dalam Kuning Hitam Hari itu Stadium Nasional Bukit Jalil bergetar dengan lautan manusia. Sorakan ribuan penonton bergema, dan di tengah-tengah padang, Refza berdiri memandang bendera negara yang berkibar perlahan. Bibirnya kering. Tangannya sejuk. Tapi dalam dadanya ada api yang menyala. Coach tepuk bahu dia sebelum keluar dari terowong. “Main macam kau dulu main kat padang kampung. Tak payah fikir besar. Bola tetap bola.” Refza senyum. “Baik, Coach.” Bila namanya diumumkan, satu stadium bersorak. Budak dari Simpang Kerayong kini berdiri sebaris dengan mereka yang dulu dia cuma tengok di kaca TV. Wisel ditiup. Perlawanan bermula. Minit pertama, dia cuma berlari. Minit kedua, dia sentuh bola. Dan dalam minit ketujuh, dia buat sesuatu yang ramai tak sangka, dia lepaskan satu hantaran silang yang jadi assist untuk gol pembukaan. Seluruh stadium berdiri. Refza pandang langit, ...

Episod 15: Surat Panggilan Negara

Image
Bila nama disebut mewakili negara seluruh kampung rasa macam menang sama...  Episod 15: Surat Panggilan Negara Hari itu, angin bertiup lembut di akademi. Langit bersih tanpa awan, tapi dada Refza berdebar macam menunggu keputusan hidup matinya. Coach Harun panggil semua pemain berkumpul. Di tangan jurulatih tu ada beberapa sampul surat putih berlogo FAM. “Surat panggilan kebangsaan bawah 19 tahun,” katanya tenang, tapi seluruh padang terus senyap. Setiap pemain tunduk, pura-pura tenang padahal jantung semua tengah menjerit. Satu persatu nama dipanggil. “Farid.” “Amir.” “Safwan.” Refza berdiri di hujung barisan, tangan berpeluh, lutut rasa longgar. Bila nama dia belum disebut, dia tunduk perlahan, cuba menahan kecewa yang baru hendak muncul. Sampai Coach berhenti sekejap, pandang helaian terakhir. Dan senyum. “Refza Rayong.” Satu padang bergema. Kawan-kawan menjerit, tepuk bahu dia, peluk tak lepas-lepas. Tapi Refza cuma tunduk, genggam surat tu kuat. Air mata tumpah tan...

Episod 14: Ketika Ayah Sedar

Image
Ada ayah yang tak banyak cakap tapi genggaman tangannya boleh bagi semangat lebih dari seribu nasihat...  Episod 14: Ketika Ayah Sedar Subuh masih muda. Embun belum kering di padang latihan, tapi hati Refza dah berat macam batu. Dia baru selesai solat, duduk diam atas katil sambil pandang surat ayah yang selalu dibawa ke mana-mana. Huruf-huruf tu dah mula pudar, tapi maknanya kekal hidup. Tiba-tiba telefon di meja bergetar perlahan. Nama “Mak” muncul lagi. Kali ni tangan Refza menggigil masa dia angkat. “Mak…” Sunyi beberapa saat sebelum suara itu menjawab, lembut tapi jelas, “Refza… ayah dah buka mata.” Air mata yang lama ditahan akhirnya jatuh tanpa disuruh. Dia tunduk lama, genggam surat itu erat di dada. Mak ketawa kecil di hujung talian. “Dia tanya, anak kita main bola lagi ke?” Refza terdiam. Dia pandang kasut bola lusuh yang tergantung di tepi almari. “Cakap pada ayah, saya belum berhenti, mak. Dan saya takkan berhenti.” Hari tu latihan terasa lain. Setiap sentuh...

Episod 13: Panggilan Tak Terduga

Image
Kadang telefon yang berdering boleh ubah seluruh masa depan seorang budak kampung... Episod 13: Panggilan Tak Terduga Petang tu langit mendung, angin sejuk menyentuh wajah. Refza baru habis latihan tambahan, lututnya terasa sengal tapi hatinya masih segar. Dia berjalan perlahan ke dorm, peluh menitis dari dahi, dan dalam tangan kirinya, bola yang dah lusuh tapi masih jadi teman paling setia. Sampai di depan pintu bilik, telefon lamanya bergetar. Skrin retak, tapi nombor yang tertera buat dia kaku seketika. “Mak.” Dia terus tekan jawab. “Mak?” Suara di hujung talian lembut tapi serak. “Refza, mak ada benda nak beritahu… jangan terkejut ya.” Refza duduk perlahan di tepi katil, jantungnya berdegup. Mak menarik nafas. “Ayah jatuh masa tengah baiki motor. Sekarang dia di hospital Jasin.” Dunia tiba-tiba senyap. Bunyi kipas dorm pun macam hilang. Refza tunduk, genggam bola kuat-kuat. “Mak, ayah ok ke?” Mak terdiam lama sebelum jawab perlahan, “Dia masih tak sedar, nak. Tapi dokto...

Episod 12: Surat Dari Ayah

Image
Ada kasih yang tak perlu diluah, cukup sepucuk surat untuk buat air mata jatuh tanpa suara... Episod 12: Surat Dari Ayah Hari Ahad yang tenang. Langit cerah, tapi hati Refza mendung. Latihan dibatalkan hari tu sebab jurulatih keluar ke perlawanan luar. Dia duduk di bilik asrama, termenung depan katil. Di tangannya sepucuk surat yang baru sampai pagi tadi. Tulisan di sampul tu kasar, tapi dia kenal benar gaya itu. Tulisan ayahnya. Dia buka perlahan. Bau minyak hitam masih melekat pada kertas, seolah-olah surat itu baru keluar dari bengkel motosikal ayahnya sendiri. “Refza,” Ayah tak pandai tulis surat. Tapi mak kata elok kalau ayah cuba. Ayah sihat, mak pun sihat. Rumah kita tak berubah banyak. Padang belakang rumah tu masih tempat budak-budak kampung main petang-petang. Kadang-kadang ayah tengok mereka, teringat kau. Ayah tahu hidup kau kat sana tak senang. Tapi ayah nak kau tahu satu benda, ayah tak pernah menyesal bagi kau pergi. Cuma satu pesanan, jangan lupa asal-usul. ...

Episod 11: Musim Baru, Tekanan Baru

Image
Setiap sorakan ada tekanan di belakangnya dan Refza baru belajar apa maknanya beban nama sendiri... Episod 11: Musim Baru, Tekanan Baru Hujan dah lama berhenti, tapi padang masih lembap. Angin petang meniup perlahan, membawa bau rumput dan harapan baru. Musim latihan baru bermula. Refza kini bukan lagi budak kampung yang baru tiba. Dia antara nama yang mula disebut-sebut oleh jurulatih dan pelatih lain. Tapi bila nama naik, ujian pun datang. Tanggungjawab bertambah, dan tekanan mula menggigit. Coach Harun lantik dia sebagai ketua pasukan pelatih junior. Semua senyum masa dengar pengumuman tu, tapi dalam hati Refza dia tahu, ini bukan pujian. Ini ujian. Setiap latihan, dia bukan cuma kena jaga diri. Dia kena pastikan orang lain pun tak jatuh. Kalau kawan lambat, dia kena tanggung. Kalau pasukan kalah, dia yang dipersalahkan. Malam-malam dia duduk di tepi padang, pandang langit. Kasut berlumpur, baju basah peluh. “Dulu aku main sebab nak menang. Sekarang aku main sebab orang ...

Episod 10: Pertemuan Dengan Musuh

Image
Tak semua musuh datang untuk menjatuhkan, ada yang muncul untuk jadikan kau lebih kuat... Episod 10: Pertemuan Dengan Musuh Hari Sabtu, padang utama akademi penuh dengan bunyi sorakan kecil dari pelatih lain. Hari ni hari perlawanan dalaman, pelatih senior lawan pelatih baru. Coach Harun berdiri di tepi padang, tangan bersilang di dada. Matanya tajam memerhati setiap pergerakan. Refza dipilih sebagai penyerang utama pasukan pelatih baru. Lawannya pula ketua pelatih senior, anak orang kaya bernama Danish Rahim. Pemain yang semua orang puji, tapi juga yang paling suka menghina. Sebelum sepak mula, Danish jalan dekat Refza, senyum sinis. “Weh budak kampung, kau tahu tak ni bukan padang sawah?” Refza senyum kecil. “Takpe, janji bola masih bulat.” Tiupan wisel bermula, dan permainan terus panas. Danish kawal bola dengan gaya megah, gaya macam nak bagi tahu semua orang, akulah bintang di sini. Tapi Refza lain. Dia tak banyak gaya, dia banyak gerak. Setiap kali bola lepas, dia kej...